Wire dipole antenna boleh di kata kan sangat di kenali oleh semua lapisan HAM yang terlibat di dalam aktiviti HF, ini kerana ia tidak memerlukan belanje yang tinggi atau lebih mudah di kata kan ia adalah jenis antenna yang mampu di miliki. Wire Dipole adalah antenna yang berkonsepkan half-wave antenna iaitu separuh dari ukuran sebenar sesuatu band amatur, untuk membuatnya juga sangat mudah hanya memerlukan wire elektrik 1mm,1.5mm atau saiz yang anda mampu miliki dan di sambungkan kepada balun 1:1 atau di buat direct feed (sambungan terus) ke Coaxial 50ohm anda.
ketika sedang memasang 80/160m wire dipole
Antenna jenis ini sangat sesuai untuk di bawa 'portable' atau di pasang di kawasan yang agak terhad, cara pemasangannya juga agak unik kerana boleh di pelbagaikan cara pemasangan tetapi yang kerap kali kita lihat adalah Inverted V iaitu bentuk V terbalik. Antara jenis pemasangan yang boleh kita lakukan selain Inverted V adalah V dipole (bentuk V), Inverted L, Slopping dan sebagainya, setiap perubahan bentuk pemasangan akan merubah polar patern (bentuk pancarannya). Nah nampak kan walau ia nya antenna yang simple tapi ia mampu memenuhi tujuan kita dengan bentuk pemasangan yang berbeza.
lakaran
Kerap kali kita dengar rakan-rakan ceritakan bahawa menggunakan antenna wire dipole ini ia kurang berkesan untuk melakukan komunikasi dengan station jarak jauh, bagi saya tentang jarak pencapaian ini agak subjektif untuk di bincangkan kerana untuk mendapatkan jarak maksimal kita perlu tahu atau lebih memahami tentang antenna dahulu, bagi saya tiada yang mustahil jika ia nya di pratikkan dengan betul. Saya pernah melakukan komunikasi dengan station dari Brazil menggunakan Wire Dipole yang saya buat. Sedikit Tips untuk rakan-rakan pembaca untuk memaksimakan keupayaan antenna wire dipole ini, antenna ini di pasang dengan ketinggian lebih kurang 50ft dari tanah dan bentuk nya seakan garis melintang bukan secara inverted V, cara nya mudah jika ia di pasang lebih kurang 50ft tinggi isilator atau hujung nya di pasang lebih kurang 20-30ft tinggi. Signal nya akan lebih mantap dan berkesan untuk mencari station jarak jauh jika rakan-rakan mahukan ia berfungsi sebagai antenna 'local cover' pasangkan ia secara V dipole iaitu isilator nya kiri dan kanan lebih kurang 20ft tinggi dari tanah dan kedudukkan balun nya sekitar 10ft tinggi dari tanah di pasang secara melintang mengikut utara selatan, ia akan berfungsi seperti pukat ikan setiap signal timur dan barat akan dapat sepenuhnya.
50ft dari tanah
Di sini saya kongsikan sedikit maklumat berkaitan ukuran untuk membuat antenna Wire Dipole ini, tetapi harus ingat ukuran ini adalah 'pre-tune' yea, anda perlu tune nya sehingga SWR 1:1 atau menghampiri. Selamat mencuba dan 'explore' dunia RF.
|
|
Semoga jumpa lagi
assalamualaikum 73
9M2SAF