Sunday 18 November 2018

How did 9W2SAF get successful in hamradio contesting.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera, terima kasih kerana menjengah blog ini.


Sukan radio @ contest merupakan suatu aktiviti yang menjadi kegilaan bagi sesetengah pengemar hobi radio amatur di serata dunia. Keseronokkan nya sukar untuk di gambarkan sekiranya kita menjuarai atau mendapatkan score tertinggi untuk sesuatu kategori yang kita sertai.

Sama seperti anda semua saya juga sering tertanya-tanya bagaimana contester yang menjuarai sesuatu kategori itu mendapatkan score macam itu, peralatan nya hampir sama saja tapi apa yang membezakan sehingga dia mampu berjaya? setelah di teliti sebenarnya ada perkara yang saya terlepas pandang, kita hanya selalu fikirkan tentang peralatan sahaja tetapi dari segi teknikal nya kita tidak amik tahu. saya memetik kata-kata guru saya, peralatan adalah suatu untuk memberikan keselesaan kepada Operator tetapi kalau peralatan bertaraf dunia sekalipun tidak menjaminkan kejayaan sekiranya Operator tersebut tidak tahu mengendalikan nya semaksima mungkin. Apakah yang membezakan kita sebenarnya dengan contester yang berjaya, perbezaan nya adalah mereka telah siap sedia untuk menyertai suatu pertandingan itu dan mereka mempunya strategi untuk mendapatkan score tertinggi semasa contest itu.


Setelah mengetahui perbezaan itu, saya telah mula melakukan beberapa perancangan untuk turut serta dalam contest, Untuk berjaya di dalam contest selain mempunyai peralatan sebaik mungkin kita jugak perlu sedia mental, stamina dan startegi untuk turut serta dalam contest. Di sini saya kongsikan bagaiman cara saya membuat perancang untuk turut serta dalam contest. seperti ,

                Memahami dan meneliti peraturan pertandingan (score point)
·    Dengan memahami ‘score point’ pertandingan kita akan mengetahui di mana ‘easy point’ yang boleh mendapatkan score kita bertambah serta mengetahui cara untuk mengandakan total score kita.

Melakukan ujian peralatan dan kemampuan pancaran.
·    Ujian ini di lakukan 1-2 hari sebelum hari pertandingan untuk memastikan peralatan kita berada di dalam keadaan yang terbaik, sesuai dengan pertandingan dan meneliti jarak kemampuan pancaran kita sesuai dengan pertandingan. Ujian ini di lakukan dengan cara melakukan Dxing dan membuat analisa qso yang kita dapat.

 Membuat Cq time table.
·    Ini adalah perkara yang tersangat la penting untuk mendapatkan kejayaan kerana kita tidak akan membuang masa dan hilang tenaga untuk Cq sepanjang masa pertandingan kalau kita sudah ada cq time table. Tujuan cq time table adalah untuk memastikan kita Cq di masa yang terbaik dan semasa station tertentu sedang aktif.

 CQ Plan.
·     Tujuan nya adalah untuk sesuaikan dengan ketiga-tiga cara yang di atas tadi, Cq plan adalah perkara yang akan kita gunakan atau rujukkan semasa pertandingan di jalankan. Cq plan merupakan apa yang kita rancangankan dan akan kita lakukan untuk mendapatkan score tertinggi sesuai dengan pertandingan.

Kumpul stamina untuk turut serta contest.
·    Selalu nya contester terlepas pandang bab ini, sebenarnya contest ni memenatkan kerana station banyak aktif di masa waktu kita berehat jadi kita kehilangan point di situ. Kita perlu rehat  yang cukup dan stamina yang cukup untuk tetap fokus rx dan exchange untuk mendapatkan score.

Setelah kita mempunyai CQ Plan kita mampu untuk mendapatkan score tertinggi atau menjuarai sesuatu pertandingan yang di jalankan kerana kita telah siap sedia untuk turut serta di dalam contest ini. Di dalam contest siapa yang ada perancangan yang terbaik dia akan berjaya mendapatkan sesuatu, manakala siapa yang sekadar turut serta dia akan dapat setakat itu saja. apa yang kita lakukan adalah sesuai dengan usaha kita. Ingat dan simpan kata-kata saya ini, Kita yang menentukan sama ada kita berjaya atau kita setakat itu saja, tanpa usaha dan perancangan yang terbaik kita hanya boleh berangan saja untuk sukses atau hanya bergantung dengan nasib sahaja.

9W2SAF
Lenggong Dx And Contest Station
Achik Pscho (FB)






No comments:

Post a Comment