Tuesday, 31 July 2018

Identiti 9W2SAF

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih keran menjengah ke blog ini.

Pada awal terlibat di dalam hobi ini saya juga seperti anda, dapat 'qso' dengan rakan-rakan sekitar sudah cukup buat saya. Tetapi apabila semakin lama semakin saya merasakkan hobi ni membosankan kerana saya rasa kalau hendak 'qso' lagi selesa menggunakan talian prabayar atau terus berjumpa dan boleh berbual panjang tambahan pula saya bukan la jenis yang suka berbual panjang dan muda kata saya ini tidak banyak 'modal' untuk di jadikan bahan untuk 'qso'. Mungkin juga ada pengemar hobi ini yang merasakan sama seperti saya.

Untuk tidak merasakan pelaburan yang telah saya lakukan untuk terlibat dalam hobi ini suatu pembaziran saya mula menerokai hobi ini dan mencari di manakah cabang di dalam hobi ini yang membuatkan saya rasa tidak pernah puas untuk saya terokai. Pada permulaannya saya cuba untuk melakukan 'qso' dengan pengulangan yang berada jauh dari kawasan Base saya untuk saya 'qso' dengan rakan-rakan yang bukan berada hampir dengan saya. Untuk permulaan aktiviti melakukan 'contact' dengan pengulang jarak jauh ini saya berjaya dapat membuat 'contact' dengan 'local repeater' Cameron Highlands dan di 'respon' oleh 9W2DNA dengan rst 4/7-4/8 dengan menggunakan kuasa pancaran lebih kurang 30w, jaraknya adalah lebih kurang 80-90km garis lurus dari lokasi saya dan yang pengulangan ke 2 yang saya cuba membuat contact adalah 9M4RBL (Astra Linking), kenapa saya memilih 9M4RBL ini kerana saya di maklumakan untuk dapat membuatkan contact dengan pengulang ini dari Base saya bole di katakan agak sukar kerana 'repeater relay' untuk ke pengulang 9M4RBL telah tiada dan sebelum ini tiada lagi station yang berjaya untuk membuat 'contact' secara terus ke 9M4RBL. Untuk mencapai ke pengulang ini say telah melakukan 2 percubaan menggunakan antenna yang berbeza dan hasil nya jugak berbeza. percubaan pertama, saya menggunakan antenna yagi 3 elemen yang di hasilkan oleh 9W2XIO dengan ketinggian lebih kurang 28ft serta kuasa pancaran 30w saya dapat melakukan 'contact' ke 9M4RBL dengan rst 5/5-5/8, bagi percubaan ke 2, saya menggunakan antenna omni dengan kuasa pancaran yang sama tapi ketinggian nya berbeza. Untuk kali ini boleh di katakan saya berjaya melakukan 'contact' dengan baik saya mendapat rst dari rakan-rakan yang sedang 'qso' pancaran saya stabil 5/9.Rata-rata rakan ham yang mendengar hampir tidak percaya saya melakukan 'contact' secara terus dari base ke 9M4RBL dan saya merupakan orang pertama berjaya melakukan 'contact' secara terus ke 9M4RBL.

Walaupun boleh di kata saya berjaya melakukan apa yang saya mahukan tapi hati masih tidak pernah merasa puas, jadi saya mencuba untuk melakukan aktviti 'simplex' untuk mencari rakan-rakan yang mampu mendengar pancaran saya. Untuk aktiviti simplex ini saya berjaya mendapatkan 4 station dengan menggunakan power di antara 5w hingga 50w. Saya memilih untuk menggunakan simplex V24 & V38 untuk aktiviti ini dan saya pernah melakukan 'contact' dengan beberapa station seperti Tg Piandang 9M2RR (124km jarak melalui jalan raya),Setiawan 9W2OVZ (134km jarak melalui jalan raya), Grik 9W2TZO (50km jarak melalui jalan raya) dan saya menggunakan kuasa pancaran 5w dapat membuat 'contact' dengan station dari kuala Kangsar 9W2SXF ( 48km jarak melalui jalan raya)

Walaupun saya telah memcuba sesuatu yang lain dalam hobi ini saya masih rasa ia tidak begitu menarik dan masih ada lagi di hati kecil mengatakan hobi ini membosakan kerana rata-rata yang telah saya cuba lakukan akhirnya ia tetap sama, iaitu perbualan yang memerlukan suatu topik untuk kita 'qso'. Tetapi janganlah salah anggap saya tidak mengatakan 2M ini membosankan tetapi kalau yang jenis sama macam saya akan merasakan ia membosankan kerana saya bukan jenis yang suka berbual panjang dan ada 'modal' untuk berbual.

Akhirnya saya mula cuba meneroka aktivti 'Dxing' dan 'contest', yang ini akan berbeza sedikit dan ia memang boleh di katakan mencabar. peralatan-peralatan yang sebelum ini saya gunakan untuk aktiviti yang saya nyatakan di atas semua tidak boleh di gunakan, jadi bermula la suatu cabaran di mana saya perlu mengumpul 'bajet' untuk memiliki peralatan bagi saya merasai keseronokkan di dalam aktiviti ini. untuk peralatan permulaan saya hanya guna 'transiever' basic saja dan menggunakan antenna wire dipole yang telah di buat oleh 9M2RR untuk saya gunakan.

Untuk permulaan mengendalikan peralatan HF, saya hanya akan membuat 'contact' dengan rakan-rakan yang saya kenali saja kerana saya tidak ada 'modal' untuk berbual panjang dan sekiranya di tanyakan tentang teknikal atau di ceritakan tentang setup HF saya tidak tahu untuk menjawap. Keseronokkan bermula apabila saya mula memberanikan diri untuk 'Dxing' iaitu membuat panggilan untuk mencari rakan-rakan, masa ni betul-betul mendebarkan maklum saja la saya sendiri tidak dapat mengetahui pancaran saya sejauh mana dan station mana yang akan menjawab panggilan saya. 'contact' pertama saya untuk jarak jauh adalah station dari India dan Jepun. Dapat membuat 'contact; dengan 2 station ini sudah membuatkan saya rasa ingin melompat siapa sangka saya berjaya 'contact' dengan station yang jauh. Selepas berjaya melakukan aktiviti 'dxing' saya mencuba aktiviti 'contest', ini part yang agak berbeza kerana saya perlu peka dengan 'contest' yang di jalankan serta perlu mengisi log dan 'exchange' yang betul untuk mendapatkan markah, untuk permulaan saya terlibat di dalam 'contest' adalah Jakarta Dx contest dan keputusan nya saya no 30 boleh di katakan tercorot tetapi ia bukan sebagai suatu penamat ia merupakan suatu cabaran untuk kita terus ke hadapan.



Setelah saya mencuba pelbagai aktiviti yang saya nyatakan saya dapat rasakan saya lebih cenderong kepada aktiviti 'Dxing' dan 'Contest'. Boleh di katakan di dalam 2 aktiviti ini saya merasakan tidak pernah puas dan jemu, kalau boleh setiap masa dan setiap hari saya mahu lakukan aktiviti ini. keseronokkan dan kepuasan untuk aktiviti ini telah saya rasai, saya telah memenangi beberapa 'contest' yang telah saya turut serta dan kejayaan terbesar buat diri saya adalah saya memenangi YB DX contest dengan kedudukkan tempat 1 World Single Operator-Low power. Manakala untuk aktiviti 'Dxing' buat masa terkini saya telah melakukan hampir 4000 qso/log dengan 100 dxcc/negara dan saya telah merasai 'pileup' (di kerumuni) semasa saya melakukan aktiviti dxing. Keseronokkan dan kepuasaan di dalam hobi ini berbeza untuk setiap pengemarnya, cuma apa yang saya boleh katakan jika kita tidak mencari kita tidak akan merasainya. Cubalah meneroka setiap apa yang ada di dalam hobi ini mungkin anda jugak akan merasai apa yang saya rasai.


semoga bertemu lagi,
terima kasih kerana sudi membaca.


No comments:

Post a Comment