Tuesday, 13 March 2018

Bagaimana bermula nya penglibatan sebagai Pengendali Radio Amatur

assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih kerana menjengah blog ini.

Terlebih dahulu saya memperkenalkan diri saya. Saya Safri Bin Muhiyu'ddin berasal dari Lenggong Perak.  Ini adalah sedikit perkongsian bagaimana saya boleh mula mengenali dan mula mencari jati diri saya di dalam hobi Radio Amatur ini. Suatu bidang hobi yang tidak pernah saya fikirkan dan biasa nya saya hanya menganggap hobi ini hanya untuk orang yang suka bersembang (Qso) dan untuk orang-orang tua sahaja. Rupanya sangkaan saya meleset hobi ini suatu bidang yang serius dan pengendali nya perlu memiliki Lesen (AA) dan perlu angkat sumpah serta menjaga etika sebagai Operator Radio Amatur. Siapa sangka dari suatu yang kita tidak berminat akhirnya setelah mengetahui saya sudah boleh di gelarkan seorang pengendali yang agresif di dalam hobi ini.

Penglibatan di dalam hobi ini sebenarnya berlaku secara tanpa sengaja, awalan nya hanya menurut perintah dan atas tanggungjawab kepada tugasan saja. setelah mendapat maklumat yang nama saya telah di 'submit' untuk menduduki peperiksaan Radio Amatur, mula terkejar ke sana dan ke sini untuk mendapatkan maklumat. Maklum sajalah tidak pernah ambil tahu dan tidak pernah mengenali apa itu radio amatur? dalam masa kurang dari 1 hari (24jam) saya perlu menduduki peperiksaan Radio Amatur di Pejabat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (MCMC) Cyberjaya. Alhamdulilah walaupun tidak mempunyai banyak masa saya berjaya lulus di dalam Peperiksaan untuk mendapatkan lesen memancar.

Bermula babak seterusnya di mana perlu menguruskan permohonan untuk mendapatkan isyarat panggilan ('Callsign). Untuk mengisi borang permohonan ini agak mudah tetapi yang menjadi sedikit masalah adalah apabila perlu mencari 9M2 (pemegang lesen kelas A) untuk mendapatkan tandatangan dan sokongan bagi saya meneruskan urusan permohonan isyarat panggilan. Alhamdulilah urusan ini jugak di permudahkan, so tiba la masa untuk memeriksa isyarat panggilan yang mana masih kosong, tiga tanda panggil telah saya pilih untuk di isi di dalam borang permohonan dan untuk di hantar kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Setelah menunggu lebih kurang 1 minggu saya menerima panggilan dari Pejabat MCMC mengatakan permohonan saya telah di luluskan dan saya perlu membuat bayaran mengikut  tahun yang saya mohon. Saya mendapat isyarat panggilan 9W2SAF iaitu pilihan utama saya semasa permohonan, kenapa saya memohon isyarat panggil 9W2SAF ini kerana hampir dengan nama saya.

Sekarang tibalah masanya saya mula memancar menggunakan isyarat panggilan 9W2SAF, untuk pertama kali nya mmg agak mendebarkan dalam masa yang sama agak teruja untuk mencuba. Bermula dari pertama kali hingga la timbul keseronokkan dan mula rasa untuk 'explore' lebih lagi. Rupanya Hobi ni bukan setakat bersembang di Pengulang dan dengan pengiat hobi di dalam malaysia saja. Cabang di dalam hobi luas rupanya terdapat kumpulan yang melakukan aktiviti yang berbeza tetapi masih di dalam Hobi yang sama antaranya ialah komunikasi melalui 'satelite', sukan radio (contest), mencari station luar negara (dxing) dan pembuat peralatan komunikasi sendiri seperti antenna serta peralatan yang di gunakan (Homebrew).

Di sini la bermulanya perjalanan saya untuk mendapatkan keseronokkan dan kepuasaan di dalam bidang ini. Saya telah memilih untuk ke bidang 'high Frequensi' (HF), di mana saya mula belajar mengenali antenna yang sesuai di gunakan, pancaran gelombang antenna dan mengenali serta meramal propagation untuk dapat memancar sejauh mungkin mencari rakan-rakan luar negara (Contact Station) untuk aktiviti ini di panggil Dxing. Cabaran dan keseronokkan nya datang seiring di mana kesusahan yang kita lalui untuk mendapatkan 'contact station' akan terbalas apabila kita berjaya 'log' contact station itu, tanpa disedari mungkin menjerit keseronokkan atau melompat kegembiraan. hanya yang pernah melaluinya dapat mengetahui perasaannya.

Setelah berjaya memancar jarak jauh timbul keinginan untuk menyertai sukan radio (contest), pada permulaannya sukar memahami bagaimana 'contest' ini di jalankan dan apa kelebihannya. oleh kerana sifat ingin tahu semakin meninggi jadi saya memulakan langkah dengan menyertai nya. untuk pertama kali mencuba menyertai Jakarta Dx contest, di sini apa yang saya perolehi menyertai contest ini dapat meningkatkan 'contact station' atau 'dxcc' (negara berlainan). Setelah menyertai beberapa 'contest' baru saya dapat memahami bagaimana 'contest' ini berlaku. Keseronokkan semakin banyak dapat di rasai bila makin banyak di sertai. Pada awalan tahun 2018 setelah kurang 2 tahun memiliki AA (lesen memancar) dan kurang 1 tahun penglibat dalam 'contest' saya telah berjaya menjuarai YBDX contest keseronokkannya bukan calang-calang, walaupun hanya menerima sijil elektronik dan 'plaque' tetapi ini adalah pengiktirafan bertaraf dunia. Untuk mendapatkan sijil atau plaque ianya perlu melalui beberapa proses bukan nya terus di cetak dan di serahkan kepada pemenang.

Sebenarnya di dalam hobi ini semakin kita melakukan percubaan dan mula mencuba cabang-cabang aktivti yang baru, semakin bertambah kita menyukai hobi ini. Kepuasan dan Keseronokan di dalam hobi ni bermula apabila anda mula mencuba sesuatu yang baru, kerana di situ bermula cabaran dan kejayaan di dalam percubaan itu adalahan satu keseronokkan untuk pengendali Hobi ini. Bagi saya adalah sutu kerugian apabila kita tidak cuba untuk 'explore' di dalam hobi ini. Hobi yang unik ini hanya Pengendali nya tahu apa yang membuatkan setiap pelaburan mereka mendapatkan barangan (radas) terbalas Keseronokkan yang paling di ingati adalah dari mula tiada siapa yang mengenali saya atau mengenali tempat tinggal saya, sekarang isyarat panggil saya sudah mula di kenali dan lokasi rumah saya sudah mula orang tau. Walau nampak kecik sebenarnya secara tidak langsung anda telah membuat rakan-rakan pengiat hobi ini mengenali siapa anda serta mengenali isyarat panggilan anda. Pesanan saya jika anda memilik lesen (AA) jangan biarkan hobi kita ini di perkecilkan dan di pandang rendah. Hobi kita berlesen dan kita perlu menduduki peperiksaan sebelum berjaya memancar, jadikan kita sebagai pemegang lesen atau Ham Operator yang berilmu dan di segani.

saya kongsikan ringkas peralatan yang saya gunakan dan sijil pertandingan yang saya sertai.
terima kasih kerana membaca.
ini percubaan saya yang pertama untuk mula menulis andai kata ada kekurangan itu datangnya dari saya.
membaca jambatan ilmu tidak rugi membaca sebaliknya menjadi kerugian jika kita tidak menuntut ilmu








10 comments:

  1. Good sharing..keep it up!

    ReplyDelete
  2. Good sharing, all the best, be the best my friend...

    ReplyDelete
  3. Terbaik....teruskan perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks sudi membaca.. in sya allah mgkin ada yg blh d manfaatkan

      Delete
  4. Tahniah.. Smoga memperolehi kenangan yg terindah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai thanks sudi membaca.. mencari keseronokkan dan cuba mendapatkan kepuasaan yg maksima..

      Delete
  5. Replies
    1. Hai terima kasih sudi membaca blog sy. Semoga jumpa lagi

      Delete